Kita Anak Bapa Allah di Syurga

Renungan: 11 Disember2018

Khas Mereka Yang Percaya Pada Tuhan Yesus Kristus.

 

Merenung akan 'Panggilan Menjadi Anak Tuhan: 'PERJALANAN PEMBINAAN PERSONALITI'


Pembukaan 
Saudara Saudari yang dikasihi dalam nama Yesus Kristus, betapa besarnya sukacita ku untuk menyatakan pada ruangan ini bahawa kebanyakan rahsia penciptaan manusia dan hak-hak sebagai anak Tuhan, telah hakisi, telah dicuri, telah dipesongkan oleh si - jahat iaitu Syaitan dan iblis dalam dunia kita pada hari ini. Sehinggakan kita masih terikat dengan roh penghambaan, roh yang mengikat kita dengan terus melakukan dosa-dosa, yang menyebabkan kita jauh daripada Bapa kita yang ada di syurga.

Kita adalah anak Tuhan, kita mempunyai Allah Bapa di Syurga.Saudara Saudari, ketahuilah, Adam dan Eva ketika penciptaan mereka, mereka di angkat sebagai anak Tuhan. Panggilan untuk menjadi anak Tuhan merupakan suatu penghargaan dan darjat yang paling istimewa dalam Kerajaan Allah. Maka, ketahuilah bahawa semua kita, yang berasal daripada penciptaan Tuhan, Adam dan Eva, merupakan anak Tuhan. Dengan itu, adalah penting untuk mengetahui bahawa Saudara Saudari adalah anak Tuhan, dan kita mempunyai Allah Bapa di Syurga. Ini juga bererti bahawa, kita sepatutnya mempunyai kerakyatan dalam Kerajaan Allah (Philippians 3:20-21). Syurga itu adalah kampung halaman kita, yang kita akan kita tujui selepas mengakhiri kehidupan di dunia ini.

Kehidupan di duniaSaudara Saudari, ketahuilah bahawa rahsia Kehidupan ini penuh misteri, dan Allah Bapa di Syurga, tahu bahawa Dia amat menyayangi kita semua. Dia juga tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Tetapi pada masa yang sama, Dia mahu kita mempunyai kekuatan iman yang sepenuhnya daripada kita, iaitu kita meletakkan segala sesuatu kepada Dia. Inilah laluan kehidupan yang perlu kita lalui (Exodus 16:2-3), perjalanan hidup ini, seperti kita berada di padang gurun. Tetapi kita hendaklah percaya kepada Bapa Allah kita di Syurga (Luke 12: 6-7). Janganlah dengan mudahnya berpaling kepada benda-benda (apabila memiliki kejayaan, harta), mencari tuhan yang diperbuat daripada batu, konkrit, kayu, cermin, emas, etc atau menyembah Iblis atau Syaitan hanya untuk memiliki dunia dan segala kemewahannya (Exodus 32:7-8).

Renungkanlah... Roman 8:31-32Saudara Saudari, ketahuilah, Tuhan amat mengasihi dan mencintai kita, melebihi daripada segala sesuatu.

Kita adalah anak Tuhan, Janganlah Risau (Matthew 6:27-29)Saudara Saudari, ketahuilah, kita adalah Anak Tuhan, yang diciptakanNya menurut gambaranNya. Janganlah terlalu memikirkan masalah, janganlah Risau.

Persoalan Hidup? (Matthew 6:30)Saudara Saudari, adakah anda mempunyai kepercayaan dan iman kepada Tuhan? Sejauh manakah kekuatan iman itu?

Berbahagialah kerana Allah Bapa di Syurga menjaga Kita (Matthew 6:31-32)Saudara Saudari, ketahuilah, kasih Allah Bapa di Syurga sungguh besar, Dia mahu melimpahi kita semua dengan segala cintakasihNya, memberikan penjagaan yang terbaik kepada kita.

Carilah Terlebih Dahulu Kerajaan Syurga (Matthew 6:33-34)Saudara Saudari, ketahuilah, kehidupan kita hendaklah berdasarkan kepada kehendak Allah Bapa di Syurga. Seperti anak-anak kecil yang meletakkan hidup kepercayaan kepada bapanya, begitu juga hidup kita, hendaklah kita memiliki hati seperti anak, yang meletakkan hidup dan kepercayaan kita kepada Allah Bapa di Syurga.

Kita adalah Anak Tuhan (Romans 8:14-15)Saudara Saudari, ketahuilah, mencintai kita lebih daripada segala sesuatu, Dia menyediakan segala keperluan kita hanya bila kita menyerahkan segalanya kepada Allah Bapa di Syurga. Kita adalah anak lelaki dan anak perempuan di hadapan Tuhan.

Sertai dengan Tuhan Yesus (Romans 8:16-17)Saudara Saudari, ketahuilah, untuk menjadi anak Tuhan, kita perlu bersatu dengan Yesus Kristus? Tanpa Tuhan Yesus Kristus, kita tidak layak menjadi anak-anak Bapa Allah di Syurga. Kerana Kesucian tidak membenarkan Dosa bersatu dengan Nya. Jika kita menyangkal Tuhan Yesus, bererti kita menyangkal Bapa Allah di Syurga.

Berapa kali disebut 'Jangan Bimbang/ risau' dalam Alkitab?Saudara Saudari, ketahuilah, bahawa dalam alkitab telah menyatakan sebanyak 365, 1 perkataan untuk 1 hari. KEBETULAN?

PenutupSaudara Saudari, dalam hidup ini, kita sebenarnya sedang membina personaliti diri kita bersama kebenaran bahawa kita adalah anak-anak Allah Bapa di Syurga, dan Dia akan menjaga kita. Percayalah.

Sekian. Semoga Saudara Saudari Di berkati oleh Bapa, Putra dan Roh Kudus, Amen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GNTCE ©1992 American Bible Society